:( // Wednesday, April 25, 2012
|
10:32 PM
|
esok
esok adalah harinya
perkara yang sentiasa berada dalam fikiran
perkara yang tidak pernah aku lupa
aku takut
aku gentar
aku tahu orang lain tak mungkin akan faham
walaupun orang lain memikir ia perkara yang remeh
perkara yang mudah
tapi tidak pada aku
ia adalah benda yang selalu dalam fikiran
selalu menggangu hati,jiwa,dan perasaan
jikalau boleh
tolong sediakan aku jam masa
jam yang boleh meramal masa depan
supaya aku akan bersiap sedia untuk hari esok
tapi semua itu mustahil,dan aku tahu itu
hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat
jika besok punya kabar gembira
aku akan bersyukur yang amat sangat di atas rezekiMu Ya Allah
tetapi jika besok punya kabar duka
aku berserah dan redha di atas ujianMu Ya Allah
kerna sesungguhnya setiap yang terjadi punya hikmahnya yang tersendiri
walau apapun kemungkinannya esok
aku akan berusaha dan beri yang terbaik
kerna aku tahu
semua yang terjadi
perlukan semangat dan keyakinan dari aku
dan aku harap ia akan berakhir dengan mudah
harap esok hati tidak akan menangis lagi seperti sebelumnya
NURUL SUHADA |




Older entries