kerut-kerut sayang // Wednesday, February 22, 2012
|
9:58 PM
|
ramai orang berfikir bahawa bila marah, ia tidak bagus untuk orang lain tapi pada aku,pabila orang itu marah bermaksud ia punya perasaan sayang pada aku, ia adalah satu perasaan mengambil berat kerana kita sayang kan orang itu bukan bermaksud kita benci, tapi ia satu perasaan ingin melindungi tapi aku takut bila seseorang itu berdiam diri itu adalah ketakutan buat aku kerana aku percaya, berdiam diri adalah sinonim kepada tidak ambil peduli itu bermaksud rasa kasih itu makin luput, makin tipis dan makin hilang alangkah sedihnya hati jika kita kehilangan orang yang sayangkan kita.. marahlah aku jika aku salah marahlah aku jika aku khilaf marahlah aku jika aku jauh marahlah aku jika tersasar kerna aku tahu itu adalah petunjuk bahwa ada insan berdiri di belakangku dan menyayangi aku ~aku percaya sayang bisa dipupuk, dibina selagi punya usaha yang gigih, apa saja pasti akan boleh. with love NURUL SUHADA |



Older entries