hujan dan budi // Sunday, June 19, 2011
|
1:16 AM
|
![]() ![]() Mudahnya kau melupakan tangan yang memberi, Tangan yang menjaga kau ketika insan lain tidak mengambil tahu Tangan itulah yang mendidik kau sehingga berjaya kini, Tangan itu juga yang memerah keringat demi mencari sesuap nasi. makan dia, makan lah kau betapa luhurnya hatinya kau sering mengingati yang dia seorang yang pemarah, namun, tatapi tidak kah kau fahami, jika dia tidak begitu pada masa lalu, belum tentu kau berjaya seperti kini kasihnya begitu luhur terhadap kau kasihnya begitu suci terhadap kau tetapi mengapa bila kau dewasa kau membalas dengan cara yang berbeza tidakkah kau merasa budi yang di taburkan tidakkah kau menyayangi tangan yang menyuapkan kau nasi.. airmatanya menitis tanpa sesiapa pun ketahuinya pedih hatinya tiada siapa yang tahu renungan matanya yang redup menusuk hatiku diamnya bak belati yang menghunus jantungku aku tahu hatinya tercarik dengan perlakuan kau hati tuanya sedih dengan tingkah laku kau tapi kau tak pernah mengerti dan kau tidak mahu mengerti dia hanya mengharapkan cuma sedikit balasan membantunya ketika dia butuh bantuan tapi apa yang kau berikan? memandang hanya sebelah mata.. Dia ibarat melukut di tepian gantang.. betapa pedihnya hati ini betapa sakitnya hati ini.. ingat sekali kau berkelakuan seperti begitu seribu kali aku menghunus pedang kearah mu jangan sesekali kau sakiti hati tua itu kerana aku tidak akan benarkan dia adalah permata hatiku dia adalah pahlawan jiwaku sesiapa yang menyakitinya ibarat seperti menyakiti aku dan aku adalah seorang yang pendendam yang berdendam walaupun hanya dalam diam kau juga jangan mudah lupa hidup ini ibarat roda bukan selamanya kita berada diatas.. dan bukan juga selamanya kita dibawah.. kenanglah insan yang berbudi padamu kerana hutang budi tidak mungkin dapat dibalas sehingga akhir hayat... Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh ku bayar, Hutang budi akan ku bawa sampai ke mati. ~with love~ NURUL SUHADA |





Older entries