Diri dan Pokok // Friday, May 6, 2011
|
|

Setiap manusia pasti akan berasa rendah diri..dan itulah apa yang sering saya rasai...tapi hari ini seorang sahabat telah meyedarkan saya... dia berkata 'sian kt diri angah,angah tak kesian kan diri angah ka?'... kenapa dia ckp mcm tu?? apabila kita berasa rendah diri, itu bermakna kita telah perkecilkan diri kita sendiri.. kita umpama menitikkan satu titik dakwat hitam pada diri sendiri... kalau lah kita dapat keluar dari jasad kita seketika pasti kita akan kesian kan diri kita sebab pasti lihat banyak titik hitam yang telah dititik oleh diri sendiri... kesiankan diri kita??...kenapa ada rasa tidak bersyukur?? tp itu adalah lumrah manusia... sahabat saya berkata lagi 'cuba tanamkan perasaan bangga dengan diri sendiri' dan ingat kata nie 'im not beautiful like you but im beautiful like me'.... sebelum tidur, fikirkan kebaikan yang kita telah buat hari nie walaupun sebesar zarah, bukan untuk riak dengan kebaikan yang kita buat.. tapi untuk menyatakan bahawa kita pun ada juga kelebihan ....dan saya terharu lagi apabila dia berkata 'Angah is beautiful creature by Allah'.... ya..saya faham sekarang..mungkin saya lebih baik dari insan lain dari segi yang org lain tak nampak... apa yang Allah jadikan itu adalah yang terbaik..manusia tidak dijadikan sama serupa supaya kita saling memerlukan diantara satu sama lain... dan juga untuk menghindari dari perasaan iri hati.....terima kaseh sahabat...kamu telah menyedarkan aku... sungguh aku malu dengan diri sendiri kerana sering sakitkan diri tanpa aku sedari sedangkan jasad inilah yang aku kendong setiap saat tp tergamak aku mempersoalkan kekurangannya...maaf ya jasmaniku... sungguh aku terleka dengan hasutan dunia... maaf...maaf...
jika ingin membuktikan perihal ini..sila sediakan 2 pokok tanaman.... pokok pertama ditanam dengan bisikan dengan kata2 yang bersemangat and puji pujian....dan pokok kedua, tanam ia dengan herdikan dan cacian....pasti anda akan lihat di akhir ujian ini,pokok pertama akan tumbuh subur sihat dan pokok kedua pasti akan terkulai layu.....begitu jugalah perihal ini diaplikasikan dalam diri kita... semoga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan menghargai diri sendiri.... sayangi diri sendiri sebelum anda sayangi insan lain.. :)
thank to Fara Jaafar.. :)
~with love~ NURUL SUHADA
|