~CINTA DALAM HATI~ // Saturday, April 23, 2011
|
7:57 AM
|
![]() Mengapa saya pilih untuk mencintai dalam hati? kerana itu adalah lebih baik kerana dia tidak tahu dan saya juga harap orang lain tidak tahu.....saya masih gadis melayu yang tahu apa itu malu...walaupun ramai yang menyatakan bahawa sekarang sudah terbiasa dengan perigi mencari timba,tetapi tidak pada saya... saya bukan mahukan kesempurnaan kerana tiada sesiapa pun dalam dunia ini sempurna.. tetapi seseorang yang dapat sempurnakan saya... seseorang yang menghargai saya.. dan yang paling penting, seseorang yang dapat terima saya seadanya.. Tapi saya tahu cinta dalam hati itu adalah lebih sakit dari tidak diterima oleh dia.. tapi saya cintakan dia dgn ikhlas dan saya mahu dia sendiri sedar akan kewujudan saya, dan itu sudah memadai buat saya.. saya seorang yang pendiam dan saya tahu dia tidak selesa dengan diri saya.. tetapi itu adalah saya, maaf....jika awak tak selesa dengan saya.. saya tidak mahu dia memilih saya kerana ayat-ayat manis, sebaliknya saya mahu dia lihat yang hati saya tulus untuk dia... dan saya juga percaya dalam kesunyian dan diam saya, tersimpannya kekuatan harapan yang menyalakan keinginan dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapan saya. Namun, saya juga berdoa, jika dia bukan jodoh yang ditentukan.. maka saya berharap moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu menghilangkan 'cinta dalam hati' ini dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah pada orang yang tepat. Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat. ....with love.... NURUL SUHADA |




Older entries